Friday, 10 January 2014

Rahsia Apam Polkadot



Apam polkadot, dotdot, angrybird, ladybird, strawberi dan ntah apa-apa lagi namanya resepinya tetap sama heeee......

Arini ema nak kongsi sket pasal resepi apam polkadot......mcm2 resepi saya dah try tapi hasilnya tak berapa memuaskan hatiku ini......byk jugak la hasil kejadiannya ku beri kat cik buang huhu....

Tapi ku mencari punca-puncanya hingga la saya bertemu dengan satu resepi ni daripada Majalah Rasa....
Jadi ema nak kongsi pada sapa-sapa yg masih mencari mcm mane nak buat apam anda gebusss...sebelum ni follow resepi org jadi memang menjadi tapi bila apam tu sejuk keras semacm tak gebu so kena la mencuba byk kali sampai bertemu dgn si idaman hati.....akhirnya ku bertemu juga heeee...i like

Untuk harini ema cuba buat Apam Strawberi...tentu la perisa strawberi tapi fillingya ema letak blueberi sbb anak mama si mimi tu amat suka blueberi.....kena ikut la citarasa si buah hati pengarang jantung mama yang satu tu ye.......

 
Letakkan paper cup dlm bekas lompang....yg ini mamamimi guna bekas
                           lompang yg besar.
 
Isi separuh adunan dlm paper cup kemudian sedikit filling dan tutup kembali
                           memenuhi paper cup


      Kemudian puan-puan bolehla menggunakan skill melukis anda ye...lukis
                           daun pastu dotdot kan tuk biji strawberi....senang kan....


Tara......selepas 15 minit apam anda menjadi dan boleh la dingapp........

APAM STRAWBERI
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas
Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Thursday, 9 January 2014

cara nak buat pavlova yang mudah dan sedap



Bila sebut mengenai birthday party or wedding pasti ada yang terbayang pelbagai dessert yang ada contohnya pavlova, mini kek n apam yang comel2. Disini saya serta kan video dan tutorial bagaimana untuk membuat pavlova.

PAVLOVA


Bahannya:

4 biji putih telur (suhu bilik)

3/4 cawan gula kastor 

1/2 sudu teh esen vanilla 

1/2 sudu teh cuka masakan 

1 sudu besar tepung jagung 


Caranya : 

  • Panaskan oven pada kadar 140'c dengan api bawah saja.
  • Bila start masak turunkan suhu pada kadar 120-100'c.
  • Asingkan kuning dan putih telur dan ambik yang putih jer
  • Putar putih telur pada kelajuan paling tinggi sehingga menjadi gebu (soft peaks)
  • nak tau soft peaks tu camna, terbalikkan mangkuk dan putih telur tu tak jatuh
  • Dengan kelajuan paling tinggi juga masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan tahap maxima
  • Putar sehingga kental sambil masukkan 1 sudu besar tepung jagung dalam adunan tersebut dan putar lagi selama 3 minit.
  • Bila dah sebati stopkan.
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Kaup balikkan adunan tersebut dengan cara satu hala sehingga sebati.

  • Sediakan baking paper dalam dulang bersama paper cup saiz M (zue masukkan dalam acuan tat) dan sedia tuang adunan ke atasnya.
  • Jangan tuang terlalu tebal dan terlalu nipis dan buat ala-ala benteng gitu (keliling lebih tinggi daripada di bahagian tengah)
  • Masukkan dibahagian tengah rak dan sedia dibakar selama 1 jam 15 minit suhu selama 120 - 100 'c.
  • Proses pembakaran bergantung pada oven masing-masing
  • Nak tau pavlova kita dah masak, kulitnya garing diluar dan lembut didalam. 
  • Dalam proses pembakaran jangan gatal-gatal nak buka oven tau.
  • Bila dah cukup waktunya jangan dikeluarkan terus pavlova dari oven, biarkan seketika dalam oven sambil pintu direnggangkan
  • Untuk mengelakkan pavlova crack@merekah, biarkan ia seketika dalam oven selama 10 minit.

 
Topping/hiasan : 

1 cawan (250 ml ) whipping cream 

  • Ema pakai brand Rich so tak pakai letak gula aising lagi sebab ia sedia manis.


  Cara menghias : 

  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental, masuk whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai (tapi ema ni jenis tak sabar so tak letak whiping cream dalam peti ais tu yang topping agak cair)...tak per... janji sedap...
 Siyes.... pavlova ni memang sedap tapi jangan terlampau manis.. Gabungan strawberi yang masam tu betul-betul melekat kat hati untuk buat lagi dan lagi...  
 
 
 
 
 


Mini Lemon Custard Pavlova

jommm baca my blog






Vanilla Birthday Cupcakes
Ingredients:
  • 3/4 cup sugar
  • 1/2 cup (1 stick) softened butter
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 1/2 cups all purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 2/3 cup cold milk
Directions:
  1. Preheat oven to 350°.
  2. Cream sugar and butter.
  3. Add eggs one at a time, beating after each addition.
  4. Stir in vanilla.
  5. In a separate bowl, stir together dry ingredients (flour, baking powder, salt). Add to butter mixture.
  6. Stir in milk.
  7. Spoon into lined cupcake/muffin tins.
  8. Bake 18-25 minutes, until toothpick inserted in center comes out clean.
Makes 12 cupcakes. (For Lillian’s party of 9 children and 12 adults I doubled the recipe.)