Thursday, 9 January 2014

cara nak buat pavlova yang mudah dan sedap



Bila sebut mengenai birthday party or wedding pasti ada yang terbayang pelbagai dessert yang ada contohnya pavlova, mini kek n apam yang comel2. Disini saya serta kan video dan tutorial bagaimana untuk membuat pavlova.

PAVLOVA


Bahannya:

4 biji putih telur (suhu bilik)

3/4 cawan gula kastor 

1/2 sudu teh esen vanilla 

1/2 sudu teh cuka masakan 

1 sudu besar tepung jagung 


Caranya : 

  • Panaskan oven pada kadar 140'c dengan api bawah saja.
  • Bila start masak turunkan suhu pada kadar 120-100'c.
  • Asingkan kuning dan putih telur dan ambik yang putih jer
  • Putar putih telur pada kelajuan paling tinggi sehingga menjadi gebu (soft peaks)
  • nak tau soft peaks tu camna, terbalikkan mangkuk dan putih telur tu tak jatuh
  • Dengan kelajuan paling tinggi juga masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan tahap maxima
  • Putar sehingga kental sambil masukkan 1 sudu besar tepung jagung dalam adunan tersebut dan putar lagi selama 3 minit.
  • Bila dah sebati stopkan.
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Kaup balikkan adunan tersebut dengan cara satu hala sehingga sebati.

  • Sediakan baking paper dalam dulang bersama paper cup saiz M (zue masukkan dalam acuan tat) dan sedia tuang adunan ke atasnya.
  • Jangan tuang terlalu tebal dan terlalu nipis dan buat ala-ala benteng gitu (keliling lebih tinggi daripada di bahagian tengah)
  • Masukkan dibahagian tengah rak dan sedia dibakar selama 1 jam 15 minit suhu selama 120 - 100 'c.
  • Proses pembakaran bergantung pada oven masing-masing
  • Nak tau pavlova kita dah masak, kulitnya garing diluar dan lembut didalam. 
  • Dalam proses pembakaran jangan gatal-gatal nak buka oven tau.
  • Bila dah cukup waktunya jangan dikeluarkan terus pavlova dari oven, biarkan seketika dalam oven sambil pintu direnggangkan
  • Untuk mengelakkan pavlova crack@merekah, biarkan ia seketika dalam oven selama 10 minit.

 
Topping/hiasan : 

1 cawan (250 ml ) whipping cream 

  • Ema pakai brand Rich so tak pakai letak gula aising lagi sebab ia sedia manis.


  Cara menghias : 

  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental, masuk whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai (tapi ema ni jenis tak sabar so tak letak whiping cream dalam peti ais tu yang topping agak cair)...tak per... janji sedap...
 Siyes.... pavlova ni memang sedap tapi jangan terlampau manis.. Gabungan strawberi yang masam tu betul-betul melekat kat hati untuk buat lagi dan lagi...  

2 comments: